First sekali ini first time tulis blog. Kaget juga. Hahaha. Semua misti wonder nape title 12x12. Ini adalah nama buku yang akan diterbikan oleh saya tidak lama lagi. 12inci x 12inci adalah ukuran kulit piring hitam, 12cm x 12cm adalah ukuran kulit CD. Itu sebab saya namakan title buku ini 12 x 12. Buku ini adalah himpunan kerja-kerja saya dalam pembikinan kulit album untuk artis-artis tempatan. Tujuan buku ini bukan lah ape, tapi untuk mengarkibkan kerja-kerja seni saya dimana saya rasa ia ada kaitan dengan design, foto, rekabentuk dan rekaletak, fashion, typography, illustrasi dan lain-lain. Ianya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pelajar-pelajar Grafik. Saya juga akan menyentuh cara pembikinan kulit album - sebelum zaman komputer hingga sekarang. Jikalau sesiapa ada piring hitam & CD, cuba lihat di bahagian kredit, (Rekabentuk: Tapa), jikalau ada nama saya hubungilah saya, e-mail: tapa_qis@yahoo.com, kerana saya perlu kulit-kulit album ini untuk dimasukan kedalam buku saya ini. Koleksi saya tak complete. Tolong beri saya pinjam. Terima Kasih