Thursday, July 31, 2008

12X12 BALAI SENILUKIS


GUA ADE MEETING DGN PEGAWAI BALAI SENI LUKIS PETANG TADI PASAL BUKU GUA.
ADA POTENSI UNTUK MEMBUAT EXHIBITION MENGENAI BUKU GUA KAT SITU. TAPI TENTANG FUNDING, NAMPAKNYA BALAI SENILUKIS TAK ADA DUIT. TAPI BOLEH TRY KATA PEGAWAI GITU.
GUA TK PATAH SEMANGAT.
LEPAS JUMAAT NNTI GUA ADA APPOINTMENT DGN LEVEL 1 AIRASIA. KAT SINI KUT GUA RASA ADA SPONSOR.
SAMA LAH KITA DOA UNTUK JAYAKAN PROJEK 12 X 12 INI.

Tuesday, July 29, 2008

12X12 THE BOOK DESIGN





Ini dia rupa buku 12 x12. Gua bikin mock-up ini utk cari sponsor untuk mencetak dan menerbit buku ini. Kos dia agak tinggi. Kalau sesiapa berminat tolong hubungi gua. Kepada sesiapa yang mempunyai koleksi album-album dan CD tempatan sila hubungi saya juga, mungkin ada album yang saya design yang gua tidak ada lu orang ada.

Saturday, July 26, 2008

SHORT FILEM - MY VIEW

Lately gua ade gi lihat beberapa Short Movie yang di tayangkan. Terima kasih pada anak buah yg tersayang (Fazleena) kerana menjemput saya menonton sama. Dia ni aktif giler kalau pasal shot dan theater (2thumbs up). Pandangan saya banyak effort telah dibuat oleh pengarah2 baru ini, SYABAS. Tetapi setengah short yang ditayangkan saya rasa pengarah-pengarah ini FAIL. Tak ade message.

Friday, July 25, 2008

12x12

First sekali ini first time tulis blog. Kaget juga. Hahaha. Semua misti wonder nape title 12x12. Ini adalah nama buku yang akan diterbikan oleh saya tidak lama lagi. 12inci x 12inci adalah ukuran kulit piring hitam, 12cm x 12cm adalah ukuran kulit CD. Itu sebab saya namakan title buku ini 12 x 12. Buku ini adalah himpunan kerja-kerja saya dalam pembikinan kulit album untuk artis-artis tempatan. Tujuan buku ini bukan lah ape, tapi untuk mengarkibkan kerja-kerja seni saya dimana saya rasa ia ada kaitan dengan design, foto, rekabentuk dan rekaletak, fashion, typography, illustrasi dan lain-lain. Ianya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pelajar-pelajar Grafik. Saya juga akan menyentuh cara pembikinan kulit album - sebelum zaman komputer hingga sekarang. Jikalau sesiapa ada piring hitam & CD, cuba lihat di bahagian kredit, (Rekabentuk: Tapa), jikalau ada nama saya hubungilah saya, e-mail: tapa_qis@yahoo.com, kerana saya perlu kulit-kulit album ini untuk dimasukan kedalam buku saya ini. Koleksi saya tak complete. Tolong beri saya pinjam. Terima Kasih